Posts

Showing posts with the label exkbtc

GAMBAR LAMA GAMBAR BARU

Image
Dalam simpan setiap seorang daripada kita tentunya terdapat gambar-gambar yang menjadi kenangan semasa di KBTC dulu. Pada zaman tak se begitu canggih seperti sekarang tidak semua daripda kita mempunya kemudahan untuk memiliki kamera persendirian. Disebabkan itu simpanan gambar yang ada adalah terhad. Disini marilah kita menikmati beberapa gambar yang mungkin terdapat hanya dalam simpanan saya untuk dikongsi bersama. Jika diamati gambar Tahun 2004 sahabat yang ada nampaknya lebih manco dan glemour dari gambar zaman muda Tahun 61/62. Walau bagaimana pun beberapa rakan di dalam sebelah sudah meninggalkan kita. Kita sama-sama mendo'kan agar roh mereka diletakkan bersama-sama dengan hamba-hamba yang beriman. Fare thee well but never a goodbye, whilst we meet we will not cry. Gambar  perjumpaan pertama pada Tahun 2004 di KBTC selepas hampir 40 tahun berpisah. Kelihatan Abd Jalil dan Zainuddin mencangkung  dikelilingi antara lain Salmi, Norma, Dayang. Azhar dan Kepol ber...

Tips menghafal “Muka Surat” Al-Quran yang Menakjubkan

Image
Tips menghafal “Muka Surat” Al-Quran yang Menakjubkan digg Email Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja. Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan....

Pertemuan Kali Ke 8

Saya baru terima surat dari Mohd Noor Awang Setiausaha ExKBTC61/62 semalam. Perjumpaan akan diadakan di Kelantan tetapi tidak di Kota Bharu. Tahniah kepada Jawatankuasa yang terdiri daripada: Ismail Hassan Zakaria Hj Mohamed Nik Ahmad Yaakub Salmi Ismail Norma Arshad Hasbullah Umat yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan perjumpaan Pertemuan Semula Kali ke-8 di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh. InsyaAllah kita akan ke Kelantan sekali lagi pada bulan Mei ini - tarikh yang di catatkan ialah pada 26, 27 dan 28 Mei 2012. Jadual ringkas juga dibekalkan untuk persediaan para sahabat yang akan ke sana. Dalam kegiarahan Setiausaha, beliau telah mencatit 26Mei sebagai hari Jumaat. Hari Jumaat pada bulan Mei ialah pada 25Mei. Kita akan ikut hari Jumaat sebagai panduan perjumpaan ex KBTC sebab perancangan tentunya dibuat untuk hujung minggu. Jumpa di sana.

Nostalgia 61/62

Tahun 61 kami masuk maktab KBTC, Tak ada perempuan semuanya lelaki, Kemudian pelajar perempuan pun datang, Kami pun syok bukan kepalang. Ramai wanita mai dari kampong, Ada yang bertocang ada yang bekelumbung; Tak berapa lama tocang dipotong, Tudung kepada pun melambong. Tak pakai kelumbung masa tu perkara biasa, Yang jadi Ustazah pun tak pakai juga; Pelajar perempuan mula la tayang rambut depa, Fesyen gunung mathehorn, pintal siput, pusing-pusing, macam-macam ada.

Perjumpaan Di Kuala Trengganu

Image
Perjumpaan kali ke7 KBTC 61/62 telah berjalan dengan selamat dalam suasana yang sempurna mulai 27hb hingga 29hb. Walaupun dengan tenaga yang amat terhad melalui Sdr Hasbullah dan Sdr Yusoff turut dibantu oleh Hajjah Salmi yang tidak mahu ketinggalan dalam mepastikan perjumpaan anjuran Trengganu Kite antara yang terbaik. Hajjah Salmi yang di export kr Kelantan terpaksa diimport sementara bagi membantu perjumpaan di Kuala Trengganu. Sokongan padu dari Jawatankuasa Pusat khususnya Pengerusi, Tuan Haji Ismail program 3 hari 2 malam yang diatur di Kuala Trengganu meninggalkan kesan yang amat mendalam. Ex KBTC 61/62 bukan sahaja dapat melawat Trengganu, bahkan dibawa menziarahi 21 buah negara lain dalam siri jejlajah di Kawasan Tamadun Islam, Pulau Duyong. Dalam suasana kemeriahan Ex-KBTC 61/62 juga mengucapkan takziah kepada Sdr Pengerusi di mana anak dan menantu beliau terlibat di dalam suatu kemalangan jalan raya. Walau bagaimana pun kita bersyukur bahawa anak dan menantu Tuan Haji Isma...

Gambar 1961/62

Image
Bergambar ramai 42 orang bersama Mr Bumford. Dari bilangan yang bergambar ini masihkah akan bersama pada Mei ini di Kuala Trengganu. Semua berbaju putih melainkan seorang yang mengenakan blazer hitam dan tentunya menjadi kepala 'mafia' Maktab pada ketika itu. Dalam simpan setiap seorang daripada kita tentunya terdapat gambar-gambar yang menjadi kenangan semasa di KBTC dulu. Pada zaman tak sebegitu canggih seperti sekarang tidak semua daripda kita mempunya kemudahan untuk memiliki kamera persendirian. Disebabkan itu simpanan gambar yang ada adalah terhad. Disini marilah kita menikmati beberapa gambar yang mungkin terdapat hanya dalam simpanan saya untuk dikongsi bersama. Jika diamati gambar Tahun 2004 sahabat yang ada nampaknya lebih manco dan glemour dari gambar zaman muda Tahun 61/62. Walau bagaimana pun beberapa rakan di dalam sebelah sudah meninggalkan kita. Kita sama-sama mendo'kan agar roh mereka diletakkan bersama-sama dengan hamba-hamba yang beriman. Ini adala...

Perjumpaan Kali Ke 7.

Image
Kita nak ke Kuala Trengganu bulan Mei 2011 ni bagi perjumpaan kali ke 7. Tekejut juga bila terima surat pada 29hb Mac baru-baru ni mengatakan perjumpaan akan diadakan pada 27, 28 dan 29hb Mac 2011. Bila hubungi nama-nama yang tertera di surat itu baru tahu bahawa si Setiausaha telah silap menaip Mac dan bukannya Mei. Sibok Setiausaha ni, tiga katanya. Pikir sendirilah apa dia yang tiga tu. Keputusannya perjumpaan akan diadakan di Kuala Trengganu pada hujung bulan Mei 2011. Aku, insyaAllah akan ikut sama.

Selamat Hari Guru

Image

Lawatan Mantan Mr President.

Khamis 23hb Dec - Sdr Ahmad Jaafar mantan President KBTC 61/62 telah mengadakan kunjungan ke Bukit Mertajam dan bertemu dengan Sdr Idrus Ibrahim Sdr Ahmad Jaafar dalam lawatan menziarahi pesakit di Hospital Daerah Bukit Mertajam telah singgah di Cherok Tokun, rumah Sdr Idrus. Mereka kemudian ke Hospital Bukit Mertajam. Setelah menziarahi pesakit, Sdr Ahmad Jaafar dan temannya dibawa oleh Sdr Idrus ke Puncak Cafe yang terletak lebih kurang 6km dari Bukit Mertajam. Jalan yang melalui Kubang Semang menimbulkan keterujaan kepada Sdr Jaafar. (Nak tau kenapa kena tanya dia sendiri.) Puncak Cafe yang terletak di Kampong Pelet, dalam DUN Penanti adalah sebuah kampong yang tersendiri dimana hidangan beraneka jenis makanan berasaskan kambing. Kena datang jangann tak datang.

EX KBTC 61/62

Image
GAMBAR SAHABAT-SAHABAT SEMASA PERJUMPAAN YANG LALU Kadang-kadang kita ingat-ingat lupa kawan-kawan lama di KBTC kerana telah lama berpisah dan ingatan ingatan kita juga sudah lebih stengah abad - sikit ada korang. Saya akan cuba mencari apa yang special sahabat-sahabat kita yang lama ni. Kita mula dengan IBHA KELANDAH. IBHA Namanya yang sebenar ialah Ibrahim bin Haji Ahmad, penuntut yang diterima masuk KBTC dari Kedah. Tak tahu asal usulnya di Kedah tetapi dia menyatakan dia orang Kelantan. Nak jadikan dirinya gelemor di KBTC dicampor bahagi namanya: IB rahim H aji A hmad dari KELAN tan + Ke DAH jadilah namanya IBHA KELANDAH . HASBULLAH Saudara Hasbullah berasal dari Terengganu dan antara penuntut yang amat pendiam di zaman matab. Kini beliau seorang usahawan yang berjaya dan mengendalikan syarikat kenderaan di Kuala Trengganu. DOL MANAP Saudara Abdul Manaf 'I am Dol Manap from Pahang'. BAHADOR BAHAR

Jalan-Jalan

Image
14hb Oktober - Masih dalam bulan Syawal, saya membuat lawatan kepada kawan lama yang tinggal di Perlis - Saudara Dahlan Ismail, KBTC 61/62.  Sdr Dahlan  telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan meninggalkan profession perguruan dan menceburi diri di dalam beberapa profession lain dan perniagaan. Kini beliau  menjalankan  perniagaan persendirian di Kangar sebagai sumbangan beliau kepada masyarakat. Sdr Dahlan yang masih segak dan kacak  menjalan hobi menternak ikan talapia di dua buah kolan bersebelahan rumahnya di Kampong Behor Kebal, Jalan Atas Paip, Kangar. Apabila diajukan soalan mengapa beliau tidak ikut serta di dalam re-union KBTC 61/62 yang diadakan, beliau dengan senyuman menyatakan, "Kenangan manis mengusik jiwa."  Setahu saya Sdr Dahlan tidak mempunyai "eh, eh" di maktab, melainkan The Kilat Brothersnya sahaja, Solan ini boleh diajukan kepada Sdr Kilat.

Alor Star 2009

Image

KBTC 61/62

Image
Penuntut KBTC dari Pulau Pinang bergambar di Pantai Bachok pada Tahun 1962. Dari kiri - Idrus Ibrahim, Ahmad Jaafar, Haron, Seikh Sharudin. Alias, Ismet, Zainudin. Saodah, Salmah, Ramlah, Norsani dan Sofiah. Sukan Tahunan KBTC Tahun 1961 di Padang Maktab. Nampak gaya seperti geng Kedah bergambar di tepi pantai. Harap maklomkan kepada penerbit untuk melekatkan nama-nama mereka. Daripada Ibha: dari kiri (depan) Murad, Abu Bakar, ibha, Mokhtar. (belakang) Yusuf dan Syed. Mamak dan Mami Penang sedang menikmati jamuan di Hover Restoran. .

Alor Star 2009

Image
Perjumpaan kali ke lima diadakan di Alor Star, Kedah pada 15 hingga 18hb Mac, 2009. KEDLIS diberi tugas mengelola perjumpaan ini. Apa ertinya tak pula diberi tahu, tetapi Kedah + Perlis = Kedlis agaknya. Datok Nordin, Mohd Nor Awang, Khalid Ismail dan Mohd Nor Ramli Khalid, Md Nor dan Dotok Nordin sedang asyik mendengar taklimat atau tak sabar menunggu makanan di Menara Alor Star. Mohd Noor Ramli, Pengerusi KEDLIS bersama Haji Ibrahim iman solat Maqrib/Isyak, Jailani Warjono dan tetamu di Menara Alor Star. Seperti amalan setiap kali berjumpa, dimulai dengan solat jemaah baca yasin dan tahlil. Di Alor Star kita adakan di Menara Alor Star. .