Posts

Showing posts from October, 2009

Jalan-Jalan

Image
14hb Oktober - Masih dalam bulan Syawal, saya membuat lawatan kepada kawan lama yang tinggal di Perlis - Saudara Dahlan Ismail, KBTC 61/62.  Sdr Dahlan  telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan meninggalkan profession perguruan dan menceburi diri di dalam beberapa profession lain dan perniagaan. Kini beliau  menjalankan  perniagaan persendirian di Kangar sebagai sumbangan beliau kepada masyarakat. Sdr Dahlan yang masih segak dan kacak  menjalan hobi menternak ikan talapia di dua buah kolan bersebelahan rumahnya di Kampong Behor Kebal, Jalan Atas Paip, Kangar. Apabila diajukan soalan mengapa beliau tidak ikut serta di dalam re-union KBTC 61/62 yang diadakan, beliau dengan senyuman menyatakan, "Kenangan manis mengusik jiwa."  Setahu saya Sdr Dahlan tidak mempunyai "eh, eh" di maktab, melainkan The Kilat Brothersnya sahaja, Solan ini boleh diajukan kepada Sdr Kilat.