Pertemuan Kali Ke 8

Saya baru terima surat dari Mohd Noor Awang Setiausaha ExKBTC61/62 semalam. Perjumpaan akan diadakan di Kelantan tetapi tidak di Kota Bharu. Tahniah kepada Jawatankuasa yang terdiri daripada:
  • Ismail Hassan
  • Zakaria Hj Mohamed
  • Nik Ahmad Yaakub
  • Salmi Ismail
  • Norma Arshad
  • Hasbullah Umat
yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan perjumpaan Pertemuan Semula Kali ke-8 di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh.

InsyaAllah kita akan ke Kelantan sekali lagi pada bulan Mei ini - tarikh yang di catatkan ialah pada 26, 27 dan 28 Mei 2012.

Jadual ringkas juga dibekalkan untuk persediaan para sahabat yang akan ke sana. Dalam kegiarahan Setiausaha, beliau telah mencatit 26Mei sebagai hari Jumaat. Hari Jumaat pada bulan Mei ialah pada 25Mei. Kita akan ikut hari Jumaat sebagai panduan perjumpaan ex KBTC sebab perancangan tentunya dibuat untuk hujung minggu.

Jumpa di sana.




Comments

Popular posts from this blog

Sejarah KBTC

Fresh lemon grass for cancer patients

GAMBAR LAMA GAMBAR BARU