Posts

Showing posts from March, 2009

Alor Star 2009

Image

Alor Star 2009

Image

Sejarah KBTC

Image
Maktab Perguruan Kota Bharu atau lebih terkenal dengan nama KBTC (Kota Bharu Teacher's College) memulakan pembinaan pada tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pada 24 Ogos 1954 kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri di KBTC bagi menggantikan pengambilan ke Maktab Perguruan Kirby, Liverpool dan Wovehampton, England. Tenaga pengajar kebanyakan terdiri dari pensyarah-pensyarah luar negara khususnya dari London. Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru-guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus Pendidikan Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerjatangan, Ilmu Hisab, Sains, Sejarah, Muzik, Sains Rumah Tangga dan Geografi. Pada 11 Ogos 1954 KBTC telah dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama di dalam upacara gilang gemilang itu ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. Mulai Tahun 1958 KBTC telah mengambil alih untuk melatih guru-g

Kota Bharu 2004

Image
Kali pertama perjumpaan selepas 40 tahun  adalah satu peristiwa yang boleh dikatakan lucu atau bersejarah. Terpulang kepada intripitasi sendiri.  Sahabat yang paling akarab tak dikenali bagaimana pula dengan kenalan biasa. Gambat kiri bolehkan mengenali mereka. Melainkan kilat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan yang hampir 2 kali ganda. Salleh Suradi sportsman maktab entah apa yang dia makan sehingga tak kenal lagi.

Gambar 1961/62

Image
Sila click di atas gambar untuk mendapat gambar bersaiz besar. Camping 3rd Training Troop di PCB. Bergambar di Kota Bharu. Lagi 3rd Training Troop di PCB. .

KBTC 61/62

Image
Penuntut KBTC dari Pulau Pinang bergambar di Pantai Bachok pada Tahun 1962. Dari kiri - Idrus Ibrahim, Ahmad Jaafar, Haron, Seikh Sharudin. Alias, Ismet, Zainudin. Saodah, Salmah, Ramlah, Norsani dan Sofiah. Sukan Tahunan KBTC Tahun 1961 di Padang Maktab. Nampak gaya seperti geng Kedah bergambar di tepi pantai. Harap maklomkan kepada penerbit untuk melekatkan nama-nama mereka. Daripada Ibha: dari kiri (depan) Murad, Abu Bakar, ibha, Mokhtar. (belakang) Yusuf dan Syed. Mamak dan Mami Penang sedang menikmati jamuan di Hover Restoran. .

Alor Star 2009

Image
Perjumpaan kali ke lima diadakan di Alor Star, Kedah pada 15 hingga 18hb Mac, 2009. KEDLIS diberi tugas mengelola perjumpaan ini. Apa ertinya tak pula diberi tahu, tetapi Kedah + Perlis = Kedlis agaknya. Datok Nordin, Mohd Nor Awang, Khalid Ismail dan Mohd Nor Ramli Khalid, Md Nor dan Dotok Nordin sedang asyik mendengar taklimat atau tak sabar menunggu makanan di Menara Alor Star. Mohd Noor Ramli, Pengerusi KEDLIS bersama Haji Ibrahim iman solat Maqrib/Isyak, Jailani Warjono dan tetamu di Menara Alor Star. Seperti amalan setiap kali berjumpa, dimulai dengan solat jemaah baca yasin dan tahlil. Di Alor Star kita adakan di Menara Alor Star. .