Sejarah KBTC
Maktab Perguruan Kota Bharu atau lebih terkenal dengan nama KBTC (Kota Bharu Teacher's College) memulakan pembinaan pada tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Pada 24 Ogos 1954 kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri di KBTC bagi menggantikan pengambilan ke Maktab Perguruan Kirby, Liverpool dan Wovehampton, England. Tenaga pengajar kebanyakan terdiri dari pensyarah-pensyarah luar negara khususnya dari London. Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru-guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus Pendidikan Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerjatangan, Ilmu Hisab, Sains, Sejarah, Muzik, Sains Rumah Tangga dan Geografi. Pada 11 Ogos 1954 KBTC telah dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama di dalam upacara gilang gemilang itu ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. Mulai Tahun 1958 KBTC telah mengambil alih untuk melatih guru-g...
Comments
Post a Comment