Gambar 1961/62
 
Bergambar ramai 42 orang bersama Mr Bumford. Dari bilangan yang bergambar ini masihkah akan bersama pada Mei ini di Kuala Trengganu. Semua berbaju putih melainkan seorang yang mengenakan blazer hitam dan tentunya menjadi kepala 'mafia' Maktab pada ketika itu. Dalam simpan setiap seorang daripada kita tentunya terdapat gambar-gambar yang menjadi kenangan semasa di KBTC dulu. Pada zaman tak sebegitu canggih seperti sekarang tidak semua daripda kita mempunya kemudahan untuk memiliki kamera persendirian. Disebabkan  itu simpanan gambar yang ada adalah terhad. Disini marilah kita  menikmati beberapa gambar yang mungkin terdapat hanya dalam simpanan  saya untuk dikongsi bersama. Jika diamati gambar Tahun 2004  sahabat yang ada nampaknya lebih manco dan glemour dari gambar zaman  muda Tahun 61/62. Walau bagaimana pun beberapa rakan di dalam sebelah  sudah meninggalkan kita. Kita sama-sama mendo'kan agar roh mereka  diletakkan bersama-sama dengan hamba-hamba yang beriman. Ini adala...
