Sejarah KBTC
Maktab Perguruan Kota Bharu atau lebih terkenal dengan nama KBTC (Kota Bharu Teacher's College) memulakan pembinaan pada tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Pada 24 Ogos 1954 kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri di KBTC bagi menggantikan pengambilan ke Maktab Perguruan Kirby, Liverpool dan Wovehampton, England. Tenaga pengajar kebanyakan terdiri dari pensyarah-pensyarah luar negara khususnya dari London.
Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru-guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus Pendidikan Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerjatangan, Ilmu Hisab, Sains, Sejarah, Muzik, Sains Rumah Tangga dan Geografi.
Pada 11 Ogos 1954 KBTC telah dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama di dalam upacara gilang gemilang itu ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.
Mulai Tahun 1958 KBTC telah mengambil alih untuk melatih guru-guru sekolah rendah dengan menerima pelatih-pelatih seluruh Tanah Melayu termasuk dari Brunai dan Singapura.
Latihan guru sekolah menengah dijalankan di Maktab Perguruan Pulau Pinang kerana kekurangan sekolah menengah di pantai timur untuk menjalankan latihan mengajar.
Antara tahun 1971 hingga 1975 KBTC telah menawarkan kursus bahasa Melayu kepada guru di sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris atau IPSI dan ke Maktab Perguruan Melayu Melaka. Dalam masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rakyat.
Antara tahun 1975 hingga 1986 KBTC melatih kedua-dua guru sekolah rendah dan menengah apabila pantai timur bertambah maju di bawah beberapa pembangunan Malaysia.
Antara 1984 hingga 1990 maktab ini telah mengadakan kursus dalam cuti (KDC) bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh negara.
Pada 1990-1991 KBTC menerima peserta KDC kemahiran Hidup bagi guru pelatih. Mulai 1989 KBTC diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan ekonomi.
Antara tahun 1989 hingga 1993 maktab mengandalikan kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme (KPKP) kepada guru B1 yang terkeluar dari perkhidmatan berikutan terlaksananya sistem saraan baru (SSB). Setelah guru ini menjalani kurusus selama tiga bulan mereka akan dipertimbangkan C8.
Mulai tahun 1991 MPKB mengandalikan Kursus Sijil Perguruan khas (KSPK Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru pelatih dalam dua semester. Mulai 1992 maktab mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) Pengambilan dua kali setahun lima semester dalam bidang pengkhususan Muzik, matematik dan sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus yang sedia ada.
Pada Jun 1994 kumpulan pertama seramai 318 orang pelatih semester lima ditempatkan ke seluruh negara kerana menjalani praktikum penempatan terus ke sekolah. mereka diselia oleh Guru Besar, Nazir dan Pensyarah Maktab.
Kini KBTC dikenali dengan nama Institut Pendidikan Kota Bharu (IPKB) dengan memainkan peranan yang berlainan corak dan penekanan dalam memenuhi tuntutan PIPP negara.
.

Comments
Post a Comment