Posts

Nostalgia 61/62

Tahun 61 kami masuk maktab KBTC, Tak ada perempuan semuanya lelaki, Kemudian pelajar perempuan pun datang, Kami pun syok bukan kepalang. Ramai wanita mai dari kampong, Ada yang bertocang ada yang bekelumbung; Tak berapa lama tocang dipotong, Tudung kepada pun melambong. Tak pakai kelumbung masa tu perkara biasa, Yang jadi Ustazah pun tak pakai juga; Pelajar perempuan mula la tayang rambut depa, Fesyen gunung mathehorn, pintal siput, pusing-pusing, macam-macam ada.

Perjumpaan Di Kuala Trengganu

Image
Perjumpaan kali ke7 KBTC 61/62 telah berjalan dengan selamat dalam suasana yang sempurna mulai 27hb hingga 29hb. Walaupun dengan tenaga yang amat terhad melalui Sdr Hasbullah dan Sdr Yusoff turut dibantu oleh Hajjah Salmi yang tidak mahu ketinggalan dalam mepastikan perjumpaan anjuran Trengganu Kite antara yang terbaik. Hajjah Salmi yang di export kr Kelantan terpaksa diimport sementara bagi membantu perjumpaan di Kuala Trengganu. Sokongan padu dari Jawatankuasa Pusat khususnya Pengerusi, Tuan Haji Ismail program 3 hari 2 malam yang diatur di Kuala Trengganu meninggalkan kesan yang amat mendalam. Ex KBTC 61/62 bukan sahaja dapat melawat Trengganu, bahkan dibawa menziarahi 21 buah negara lain dalam siri jejlajah di Kawasan Tamadun Islam, Pulau Duyong. Dalam suasana kemeriahan Ex-KBTC 61/62 juga mengucapkan takziah kepada Sdr Pengerusi di mana anak dan menantu beliau terlibat di dalam suatu kemalangan jalan raya. Walau bagaimana pun kita bersyukur bahawa anak dan menantu Tuan Haji Isma...

Gambar 1961/62

Image
Bergambar ramai 42 orang bersama Mr Bumford. Dari bilangan yang bergambar ini masihkah akan bersama pada Mei ini di Kuala Trengganu. Semua berbaju putih melainkan seorang yang mengenakan blazer hitam dan tentunya menjadi kepala 'mafia' Maktab pada ketika itu. Dalam simpan setiap seorang daripada kita tentunya terdapat gambar-gambar yang menjadi kenangan semasa di KBTC dulu. Pada zaman tak sebegitu canggih seperti sekarang tidak semua daripda kita mempunya kemudahan untuk memiliki kamera persendirian. Disebabkan itu simpanan gambar yang ada adalah terhad. Disini marilah kita menikmati beberapa gambar yang mungkin terdapat hanya dalam simpanan saya untuk dikongsi bersama. Jika diamati gambar Tahun 2004 sahabat yang ada nampaknya lebih manco dan glemour dari gambar zaman muda Tahun 61/62. Walau bagaimana pun beberapa rakan di dalam sebelah sudah meninggalkan kita. Kita sama-sama mendo'kan agar roh mereka diletakkan bersama-sama dengan hamba-hamba yang beriman. Ini adala...

Perjumpaan Kali Ke 7.

Image
Kita nak ke Kuala Trengganu bulan Mei 2011 ni bagi perjumpaan kali ke 7. Tekejut juga bila terima surat pada 29hb Mac baru-baru ni mengatakan perjumpaan akan diadakan pada 27, 28 dan 29hb Mac 2011. Bila hubungi nama-nama yang tertera di surat itu baru tahu bahawa si Setiausaha telah silap menaip Mac dan bukannya Mei. Sibok Setiausaha ni, tiga katanya. Pikir sendirilah apa dia yang tiga tu. Keputusannya perjumpaan akan diadakan di Kuala Trengganu pada hujung bulan Mei 2011. Aku, insyaAllah akan ikut sama.

Selamat Hari Guru

Image

Lawatan Mantan Mr President.

Khamis 23hb Dec - Sdr Ahmad Jaafar mantan President KBTC 61/62 telah mengadakan kunjungan ke Bukit Mertajam dan bertemu dengan Sdr Idrus Ibrahim Sdr Ahmad Jaafar dalam lawatan menziarahi pesakit di Hospital Daerah Bukit Mertajam telah singgah di Cherok Tokun, rumah Sdr Idrus. Mereka kemudian ke Hospital Bukit Mertajam. Setelah menziarahi pesakit, Sdr Ahmad Jaafar dan temannya dibawa oleh Sdr Idrus ke Puncak Cafe yang terletak lebih kurang 6km dari Bukit Mertajam. Jalan yang melalui Kubang Semang menimbulkan keterujaan kepada Sdr Jaafar. (Nak tau kenapa kena tanya dia sendiri.) Puncak Cafe yang terletak di Kampong Pelet, dalam DUN Penanti adalah sebuah kampong yang tersendiri dimana hidangan beraneka jenis makanan berasaskan kambing. Kena datang jangann tak datang.

EX KBTC 61/62

Image
GAMBAR SAHABAT-SAHABAT SEMASA PERJUMPAAN YANG LALU Kadang-kadang kita ingat-ingat lupa kawan-kawan lama di KBTC kerana telah lama berpisah dan ingatan ingatan kita juga sudah lebih stengah abad - sikit ada korang. Saya akan cuba mencari apa yang special sahabat-sahabat kita yang lama ni. Kita mula dengan IBHA KELANDAH. IBHA Namanya yang sebenar ialah Ibrahim bin Haji Ahmad, penuntut yang diterima masuk KBTC dari Kedah. Tak tahu asal usulnya di Kedah tetapi dia menyatakan dia orang Kelantan. Nak jadikan dirinya gelemor di KBTC dicampor bahagi namanya: IB rahim H aji A hmad dari KELAN tan + Ke DAH jadilah namanya IBHA KELANDAH . HASBULLAH Saudara Hasbullah berasal dari Terengganu dan antara penuntut yang amat pendiam di zaman matab. Kini beliau seorang usahawan yang berjaya dan mengendalikan syarikat kenderaan di Kuala Trengganu. DOL MANAP Saudara Abdul Manaf 'I am Dol Manap from Pahang'. BAHADOR BAHAR